Siti Nur Imani
Siti Nur Imani , Batch 1996 , SMK Dang Anum , Telok Mas Melaka :)
Aku kenal die masa aku darjah 4 . Sebab masa tuh aku pelajar baru dekat SKM2 :) Aku sama kelas dengan die kelas 4 Biru . Masa minggu-minggu pertama dekat sekolah baru , aku malu-malu jugak nak tegur geng-geng baru . Nak tegur aweks yang lalu dan duduk sebelah aku pun malu . Tapi bila dah tegur dan makin hari menegur . Aku mula rapat dengan dia orang . Especially , Siti Nur Imani :) Rapat punya rapat . Hati aku berbunga dengan die . Imani gelaran yang satu sekolah panggil dia . Aku seorang yang suka pendam perasaan dekat seseorang tetapi tak berani nak luahkan . Tapi lama-lama imani tahu secara diam-diam yang die suka . Bila aku dapat tahu yang imani dah tahu , aku mula main hantar-hantar surat dengan die . Alhamdulillah , die reply surat aku . Normal la , budak sekolah rendah lagi masa tuh , main hantar-hantar surat jeee :D Lama tak kelamaan , aku couple dengan die . Tapi tak sangka , masa aku couple dengan die . Aku taktahu yang aku dah menjadi seorang yang perampas . Sebab masa tuh imani tengah bercinta dengan budak bawak umur dari die . Bila aku dapat tahu , aku minta break dengan die . Tapi die taknak , sebab die nak mintak break dengan bf die yang darjah 3 tuh . Alhamdulillah , hubungan kita orang bahagia lepas tuh . Yang paling tak sangka , aku bercinta dengan die sampai 2 tahun 1 bulan lebih macam tuh . Darjah 6 die minta putus , mungkin sebab aku rapat dengan seorang perempuan nih . Tak sangka , kecik-kecik aku dah gatal . Hahahaha :P Dia pulangkan semua yang aku dah bagi dekat die . Aku tak percaya sebenarnya , yang die simpan semua yang aku bagi die dari darjah 4 hingga darjah 6 . Masa tuh , aku rasa sedih jugak lah sebab die minta putus aku :') siapa tak sayang hubungan woi . Dah lah lama pulak tuh :') die bagi barang aku dekat dalam kelas . Die tengking aku , die campak barang yg aku bagi dekat atas meja . Then die cakap sekuat kuat hati die ' Aku minta putus dengan kau zik ! ' Macam mana pun , aku kena terima yang die dah tak suka aku . Tp dlm beberapa hari , aku dapat tahu yang die couple dengan Zulhelmi . Masa tuh aku geram jugak , tapi sabar :) lama-lama dalam 2-3 minggu , hubungan kita orang baik semula . Menjadi kawan , iaitu KAWAN KARIB . Sampai tahun 2013 aku still kawan dengan die :) Now aku gelarkan die SNOW WHITE :)
No comments:
Post a Comment